Wednesday 21 October 2015

Pisang Goreng Terlajak Laris

Terliuq tak bila tengok tajuk entri??

Lagi dah petang petang nie kan. Menu yang sesuai untuk Hi-tea. Ok sis bukan nak bagi resepi. Sebab belum jumpa 'secret recipe' yang sama macam restoran ni jual.

Restoran Pucuk DiCita ni terletak di Wangsa Maju ( area Wangsa Walk ). Kalau sesiapa yang selalu datang ke Wangsa Walk mungkin familiar with this restaurant. Kalau waktu lunch, memang la banyak lauk pauknya. Banyak choice untuk dipilih. And full house during lunch hour. Area sini memang kebanyakan nya, ofis. So sangat strategik.

Biasanya, goreng pisang, keropok lekor, cekodok, adalah menu untuk minuman petang. Tapi kat restoran ni, seawal 12tengahari dah ada menu ni. Waktu lunch orang terus serbu. Bayangkan pukul 2petang dah licin. Maksudnya? Mesti lah sedap kan.

Goreng pisang memang hot selling. Beratur kalau nak beli. Kalau akak tu baru je goreng, sekali angkat daripada kuali, dah lesap. Tu yang digelar Pisang Goreng Terlajak Laris.  Pisang goreng kt sini lain rasanya. Sangat rangup. Tu yang 'secret recipe' sis cakap tadi. Dah macam macam sis try n error untuk dapatkan tepung pisang goreng yang rangup macam tu. Tapi semuanya error... huhuhu... Nampaknya, jadi pelanggan tetap je la.

Selamat menjamu mata

Pisang goreng sedap
Pisang Goreng Terlajak Laris

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...